Sunday, October 23, 2011

Pemandu Wanita di Malaysia.

Tak lama dulu, Datuk Bung Mokhtar pernah membuat kenyataan bahawa wanita tidak patut memandu di jalan raya. Ramai yang melenting (kebanyakkan mestilah perempuan...) dan tidak kurang juga yang menyokong (kebanyakkan laki la...).

Macam-macam hujah yang dapat di baca sama ada di pihak yang menyokong mahupun di pihak yang membantah dan menyangkal kenyataan beliau. Segala statistik pun muncul pada ketika itu untuk mempertahankan hujah masing-masing.

Selepas beberapa lama, isu tersebut kian malap dan menyepi. begitulah situasi nya di Malaysia ini.

Namun pada awal pagi ini, satu kejadian yang aku kira dapat membawa kepada ingatan aku terhadap kenyataan datuk Bung berkenaan isu tersebut.

Seorang anggota polis trafik sedang bertugas seperti hari-hari lain, mengawal lalu lintas di persimpangan lampu isyarat.

Secara tiba-tiba, sebuah kereta VIVA muncul dan dengan laju (kejar takut terlepas giliran untuk lalu la kot) dan berada di lorong kanan. Sampai di kepala simpang, dengan tidak semena-mena pemandu VIVA tu bagi signal ke kiri dan nak 'cilok' ke kiri. Salah lorong la agaknya.

Melompat la polis trafik yang sedang bertugas tu. Kesian pula aku tengok polis tu, kalau kene langgar pagi tadi, kan dah susah. Entah dah kahwin ke belum, anak bini nye, atau keluarga nye.

Jadi nasihat aku pada kaum wanita yang memandu (dan juga kaum lelaki yang memandu tidak menggunakan otak), jangan la sekadar bagi signal dan terus tukar laluan. Memandu la menggunakan otak. Jangan menyusahkan orang lain.

Itu lah reliti hidup... Hurm...

No comments:

Post a Comment