Monday, November 21, 2011
Wednesday, November 16, 2011
Public Relations (PR) a.k.a Perhubungan Awam
Aku suke dgn hal2 yang berkaitan dgn PR ni... Ape itu PR? PR di definisikan sebagai oleh Cutlip dan rakan-rakan (1985), perhubungan awam adalah sebagai“satu fungsi pengurusan yang mengenal pasti, mewujud dan mengekalkan hubungan bersama di antara organisasi dengan berbagai-bagai public nya yang akan menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi itu”.
Organisasi yang dimaksudkan disini termasuk lah diri kita sendiri, tidak semestinya jabatan, korporat atau agensi kerajaan sahaja...
Jadi, untuk mempastikan imej dan identiti kita di lihat cantik, jagalah PR kita...
Sunday, October 23, 2011
Pemandu Wanita di Malaysia.
Tak lama dulu, Datuk Bung Mokhtar pernah membuat kenyataan bahawa wanita tidak patut memandu di jalan raya. Ramai yang melenting (kebanyakkan mestilah perempuan...) dan tidak kurang juga yang menyokong (kebanyakkan laki la...).
Macam-macam hujah yang dapat di baca sama ada di pihak yang menyokong mahupun di pihak yang membantah dan menyangkal kenyataan beliau. Segala statistik pun muncul pada ketika itu untuk mempertahankan hujah masing-masing.
Selepas beberapa lama, isu tersebut kian malap dan menyepi. begitulah situasi nya di Malaysia ini.
Namun pada awal pagi ini, satu kejadian yang aku kira dapat membawa kepada ingatan aku terhadap kenyataan datuk Bung berkenaan isu tersebut.
Seorang anggota polis trafik sedang bertugas seperti hari-hari lain, mengawal lalu lintas di persimpangan lampu isyarat.
Secara tiba-tiba, sebuah kereta VIVA muncul dan dengan laju (kejar takut terlepas giliran untuk lalu la kot) dan berada di lorong kanan. Sampai di kepala simpang, dengan tidak semena-mena pemandu VIVA tu bagi signal ke kiri dan nak 'cilok' ke kiri. Salah lorong la agaknya.
Melompat la polis trafik yang sedang bertugas tu. Kesian pula aku tengok polis tu, kalau kene langgar pagi tadi, kan dah susah. Entah dah kahwin ke belum, anak bini nye, atau keluarga nye.
Jadi nasihat aku pada kaum wanita yang memandu (dan juga kaum lelaki yang memandu tidak menggunakan otak), jangan la sekadar bagi signal dan terus tukar laluan. Memandu la menggunakan otak. Jangan menyusahkan orang lain.
Itu lah reliti hidup... Hurm...
Wednesday, October 19, 2011
Ujian Secara Atas Talian (Online Test)
Sekarang ni memang banyak perkara telah di atas talian kan (online)... Memang bagus, sebab untuk berdaya saing, kita mestilah lebih atau sekurang2 nya seiring dengan orang lain dari segala aspek termasuklah teknologi.
Bile sebut bab online ni, pelajar2 di IPT jugak tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan institusi tempat pengajian masing2 untuk online.
Aku pon tidak ketinggalan walau pon aku hanyalah pelajar separuh masa... Pagi tadi aku baru je mengambil ujian online pertama aku untuk subjek mandarin... Yang aku rasa tak best ialah masa yang dibenarkan untuk ambil ujian online ni bermula jam 0800 sampai 1800. Eh! itukan waktu kerja, mcm mana nak buat ujian ni?
Nak tak nak kene la buat jugak... Macam biasa lah, bila kite tak de buat ape2, bos tak pulak panggil.. Tapi bile tgh ade bende nak buat, baru la bos sibuk nak panggil... Sama la macam waktu aku tgh buat test online tadi... Tetibe plak bos panggil, padahal masa yang diberikan hanyalah 10 menet.... Ya! 10 menet!!... Sempat jawap 4 soalan je, bos panggil lagi sekali, ape lagi, berlari la gi jumpe dia... Lepas setel je bos brief pasal keje yang aku kene buat hari ni, aku pon lari la 100m...
Sampai je kat workstation aku, masa dah abis.. maka dapat la 2 markah je... Memang best la kan... Spoiled mood aku pagi ni.. adeh...
Patutnya, pihak admin yang menguruskan sistem ujian online ni kene la consider orang2 tua yang belajar mcm aku ni... macam mane nak buat, dah jadi bubur der!!!....
Kalau kita bangkang, kata kite nih tak mahu terima perubahan... Pada aku tak ada isu kalau buat ujian online ke, upline ke, tapi implementation kene la sesuai... Hurm..
Itulah realiti kehidupan...
Tuesday, October 18, 2011
Pengawal pintu dan jenis kenderaan...
Aku dok perhati la, kalau masuk ke mane2 kawasan yang di kawal oleh pengawal2 keselamatan (yang di jaga oleh orang Malaysia la...), kalau naik moto, kite angkat la tangan ke, 2 tangan ke, angkat tangan sambil tepuk tangan ke, diorg jeling atau usya ketat je...
Tapi cube korg bawak kete (Kalau takde, pinjam kete sape2 je la yg nak bagi pinjam), lagi besar kete korg bawak, lagi tinggi tangan diorg ni angkat kat korg... dan lagi besar senyuman diorg kat korang.... Kadang2 korg tak payah letih2 angkat tangan pon, diorg yg menyeringai sambil angkat tangan dulu...
Persoalannya, adakah tahap layanan mereka ini bergantung kepada jenis kenderaan anda?
Itulah realiti kehidupan...
Monday, October 17, 2011
Kawalan lalu lintas...
Bangun pagi, bersiap2 nak gi keje... Alhamdulillah siap semua, start moto cup aku, pas tuh jalan.... macam biase la, kete, moto, basikal, bas, lori dan semua2 nye la berebut2 nak ke destinasi masing.. untuk mencari rezeki.
Tgh jalan biase la, yg kereta dgn cara diorg la, yg moto pon dgn cara masing2 la...
Tapi yang aku letih skit ni bile sampai kat traffic light yang ada 'abg putih' (tapi skg 'kakak putih' pon dah ramai) yang membantu mengawal lalu lintas...
Bagus juga ade mereka2 ni, sekurang2 nya dpt la kawal lalu lintas supaya tak sesak sgt.... Tapi bile dah lama aku dok perhati tugas diorg ni, mcm tak best plak aku rase... sebab nye bile aku yang kluar awal nih kene tgu sampai 10 ke 15 minit kat traffic light... lampu hijau dah 3 kali dah, tapi tak lepas2 jugak aku nak cross simpang besar tuh...
Bile jadi mcm ni, aku mcm terpikir plak, kenapa org yang kluar awal2 kene bagi jalan kat org lain... aku bukan la kate berkira, tapi kalau takat 3-5 minit ok lagi kot... tapi kalau dah makan 10-15 minit, panas jugak... mcm mane plak dgn org yg kluar awal ni? takkan la disebabkan jalan atau laluan diorg yang sentiasa sesak, org lain yg kluar awal plak kene tgu, hanya kerana jalan diorg sesak, jalan yg aku lalu kurang kenderaan ke arah yg sama dgn aku... hurm....
Apa kate kalau di 'ajar'kan kepada mereka2 yang terpaksa melalui jalan yang sesak ni untuk kluar lebih awal? lebih baik kot.. ntah la.. tapi itu la yg aku lalui setiap hari..
Itulah realiti kehidupan....
Subscribe to:
Posts (Atom)