Saturday, February 11, 2012

The Secret (Rahsia)

Sekarang aku dalam pembacaan sebuah buku yang ditulis oleh Rhonda Byrne.

Pada pendapat 50sen aku, buku ni boleh diguna pakai untuk motivasi kan diri. Jadi aku nak kongsi la dengan sesiapa yang sudi...

Secret adalah yang paling laris pada tahun 2006 untuk membantu diri. Ditulis oleh Rhonda Byrne, berdasarkan filem The Secret. Ia berdasarkan tarikan dan mendakwa bahawa berfikiran positif boleh mengubah keputusan seperti kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan.

Untuk hari ni, aku akan menjelaskan serba sedikit dan akan di sambung setiap hari sehingga habis segala yang diceritakan dalam buku The Secret ini...

The secret is the law of attraction!

Setiap yang terjadi dalam hidup kita adalah apa yang kita fikirkan dalam hidup kita. Segala yang terjadi adalah apa yang kita punyai dalam fikiran kita.